Pendaftaran ‘Volunteer’ Melaka dibuka, diberi sijil penghargaan

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 22 Jun – Pendaftaran ‘Volunteer’ sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) mula dibuka hari ini untuk golongan muda yang berusia 18 hingga 25 tahun mempromosikan produk pelancongan Melaka.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, sukarelawan atau duta kecil pelancongan tersebut akan diberikan latihan jangka masa pendek untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tentang pelancongan di negeri ini.

Katanya, sebagaimana diuar-uarkan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebelum ini, sasaran yang ditetapkan adalam seramai 500 orang sempena TMM2024 tahun hadapan.

“Mereka yang berdaftar dan layak sebagai ‘volunteer’ ini akan diberikan sijil penghargaan kerana sudi membantu Kerajaan Negeri dalam mempromosikan pelancongan melaka.

“Mereka akan kekal menjadi duta pelancongan kita biarpun selepas TMM2024, sukarelawan ini kita akan tempatkan di mana-mana sahaja lokasi pelancongan untuk menerangkan kepada pelancong tentang sejarah atau produk pelancongan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Jom Daftar Volunteer Sempena TMM2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) negeri, Badaruddin Mohd Kassim dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron.

Abdul Razak berharap dengan adanya duta promosi pelancongan itu, sektor pelancongan di Melaka semakin bertambah rancak.

“Saya yakin Negeri Melaka yang pertama laksanakan kaedah ini, sebab biasanya sukarelawan ini lebih kepada sektor sukan, tapi kali ini fokus kepada pelancongan,” katanya.

photo_2023-06-22_15-51-19
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman pada sidang media sempena pelancaran Jom Daftar Volunteer sempena Tahun Melawat Melaka 2024 di MITC, Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3028
Kongsi :
Previous post Pertimbang keperluan ‘server’ baharu Sistem e-Tanah Melaka – KM
Next post Orang awam perlu guna imbasan kod QR Prih@tinJkm untuk tindakan pantas
Ubah saiz-+=