Sorting by

×

Pendaftaran pelajar baharu PMM meningkat, capai 100 peratus

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

MERLIMAU 3 Ogos – Politeknik Merlimau Melaka (PMM) mencatatkan peningkatan sebanyak 4.3 peratus bagi kemasukan pelajar baharu pada sesi akademik 1 untuk tahun 2024/2025.

Pengarah PMM, Norizam Sekak berkata seramai 1,206 pelajar baharu telah berdaftar pada hari pertama sesi pendaftaran dan jumlah itu dianggarkan akan terus meningkat melebihi norma pengambilan.

Katanya, untuk pendaftaran secara dalam talian pula, PMM telah mencapai rekod 100 peratus.

“Peningkatan ini mencerminkan politeknik sebagai institusi pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) semakin menjadi pilihan dan diyakini oleh pelajar serta ibu bapa.

“Ini juga berdasarkan kepada kebolehpasaran graduan politeknik yang memenuhi keperluan industri masa kini. Fenomena ini merupakan lonjakan besar selaras dengan hasrat kerajaan yang telah mengumumkan pembiayaan tambahan RM200 juta bagi program TVET yang boleh dimanfaatkan pelajar politeknik,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Norizam berkata semua pelajar yang baharu mendaftar di PMM akan menjalani Minggu Haluan Siswa (MHS) selama seminggu sebelum mengikuti kuliah.

“Kebanyakan pelajar yang memilih berdaftar di PMM adalah kerana di sini terdapat bidang yang mereka minati dan memenuhi keperluan.

“Jadi pelajar-pelajar baharu ini kita wajibkan untuk menjalani MHS yang berkonsepkan orientasi sebagai persediaan dan pendedahan mengenai alam pendidikan, budaya dan aspek pembinaan sahsiah di politeknik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2114
Kongsi :
Previous post MyKiosk bantu peniaga tambah pendapatan
Next post Geran RM1 juta untuk teknologi ternakan ketam di Sungai Rambai
Ubah saiz-+=