Sorting by

×

Pencuri pokok hiasan akan didakwa! – MPHTJ

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 25 Sept –  Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) tidak akan berkompromi dengan individu yang mencuri tanaman pokok-pokok hiasan di bawah lokaliti jajahannya.

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman berkata sekiranya tertangkap individu terbabit akan diserahkan kepada pihak polis untuk didakwa kerana mencuri harta kerajaan.

Katanya, tanaman pokok hiasan terbabit merupakan usaha pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menceriakan kawasan dan persekitaran sesuatu tempat adalah bukan perkara yang mudah.

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman. Foto: MR. Azli

“Di bawah MPHTJ berlaku juga perkara curi pokok hiasan ini, namun tidak sampai ke peringkat serius dan masih boleh dibendung.

“Namun sekiranya individu tertangkap melakukan perkara sedemikian di bawah jajahan MPHTJ, kita tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan tegas, bawa kepada pihak polis dan dia (individu) akan didakwa.

“Ini kerana usaha kami (PBT) menceriakan negeri bukan mudah dan ianya perlu dibantu oleh masyarakat setempat agar negeri Melaka nampak ceria dan cantik,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

MPHTJ memasang papan tanda amaran bagi mengekang kes mencuri pokok hiasan di dalam kawasan pentadbirannya.

Tambah Shadan, beliau turut meminta agar masyarakat bersama-sama membantu PBT menjaga persekitaran selain meminta untuk melaporkan aduan sekiranya berlaku kecurian pokok hiasan milik MPHTJ.

“Cuma pesanan kami kepada individu yang tidak bertanggungjawab ini agar tidak membuat sedemikian, dan masyarakat yang peka boleh buat aduan pada kami di MPHTJ setiap hari di talian Whatsapp 012-5261565,” katanya.

Terdahulu tular beberapa keping gambar di laman Facebook yang menampakkan beberapa individu sedang mengambil pokok hiasan milik PBT negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1681
Kongsi :
Previous post ‘Skuad 12 Penghulu’ santuni gelandangan setiap minggu
Next post MIDA yakin Malaysia kekal destinasi pelaburan unggul di rantau Asia.
Ubah saiz-+=