Sorting by

×

PENCAPAIAN KUMPULAN SYARIKAT MCORP MEMBERANGSANGKAN

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 18 Disember – Pencapaian kumpulan syarikat di bawah Perbadanan Melaka (MCORP) amat memberangsangkan susulan beberapa kejayaan dicapai sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MCORP, Datuk Mohd Yusof Abu Bakar berkata, antara kejayaan tersebut ialah projek pembangunan semula Panggung Bangsawan dan Kompleks Air Panas Gadek.

“MCORP menyahut saranan Kerajaan Negeri untuk membangunkan semula Panggung Bangsawan, tahniah kepada kumpulan syarikat MCS Sdn Bhd kerana berjaya laksanakan tugas bangunkan Panggung Bangsawan. Seterusnya saya ucap tahniah kepada semua terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menyelesaikan pembangunan semula projek Air Panas Gadek.

“Walaupun ada cabaran sebelum ini, alhamdulillah MCORP telah lantik kumpulan syarikat, PM Projects Centre (PMPC) Sdn Bhd untuk menjalankan operasi dan saya harap pihak PMPC boleh buat promosi yang agresif untuk menggamit lebih ramai pengunjung ke Air Panas Gadek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Perbadanan Melaka (MCORP) Bagi Bulan November 2024 di Galeri MCORP, Menara MITC, semalam.

Hadir sama Pengurus Perancangan Perindustrian MCORP, Hairulzamani Othman serta barisan pengurusan kanan kumpulan syarikat di bawah MCORP.

Tambahnya, pembangunan semula gerai di kawasan Banda Hilir telah menjadi ikon baharu di kawasan Zon Bebas Kenderaan anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan dianggap sebagai aset penting sektor buat pelancongan negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

86
Kongsi :
Previous post  BANJIR: LELAKI BINA PONDOK ATAS POKOK SEBAGAI TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
Next post PENERIMA APC MENTOR KEPADA RAKAN SEKERJA
Ubah saiz-+=