Sorting by

×

PENCAHAYAAN LAMPU JALAN DIBERI TUMPUAN

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

BANDARAYA MELAKA 28 Oktober – Sejumlah RM9 juta dimohon Kerajaan Negeri bagi menjalankan kerja naik taraf dan penyelenggaraan penghcahayaan di seluruh Melaka untuk tahun hadapan.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, permohonan itu dibuat pihaknya kerana masih terdapat beberapa lokasi dan laluan di negeri ini yang masih kurang daripada aspek pencahayaan.

“Kita harap Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat meluluskan dan daripada bajet diperoleh itu dapat sedikit sebanyak menyelesaikan masalah pengcahayaan di negeri ini.

“Dengan permohonan yang dibuat itu kita akan memberi tumpuan naik taraf di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah- Jasin (AMJ) dari Kandang menghala ke selatan Merlimau dan juga sekitar Lebuh Sungai Udang- Paya Rumput- Ayer Keroh (SPA).

“Selain dua laluan ini, turut akan diberi tumpuan pencahayaan Jalan Persekutuan di luar bandar kerana kita dapati ada beberapa laluanyang mana pencahayaannya kurang memuaskan dan perlu dinaik taraf,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas bersiaran pada Program Apa Khabau YB di Melaka FM, baru-baru ini.

Menurut Hameed, sepanjang tahun lalu kira-kira RM9 juta sudah dibelanjakan bagi menyelenggara dan menaik taraf pencahayaan seluruh Melaka.

“Pada tahun lepas sahaja di Melaka kita telah membuat penyelenggaraan dan naik taraf lampu-lampu jalan di Lebuh dan Jalan Persekutuan dengan membabitkan kos sebanyak RM5.2 juta.

“Manakala untuk Jalan Negeri pula kita menggunakan peruntukan daripada Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) sebanyak RM3.8 juta selain itu kita juga turut menggunakan bajet khas Kerajaan Negeri Melaka untuk kerja pembaikan bagi lampu di Jalan Negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

152
Kongsi :
Previous post TERIMA KASIH PM
Next post PRAKARSA PERKASA EKONOMI MELAKA – KM
Ubah saiz-+=