Penari cilik teruja beraksi di pentas pelancaran TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

KOTA LAKSAMANA 27 Disember – Penari cilik  dari Sekolah Kebangsaan (SK) Merlimau Dua, berasa teruja apabila diberikan peluang untuk mempamerkan bakat seni masing-masing di pentas Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) Dan Ambang Tahun Baharu 2024 malam 31 Disember ini.

Zurin Arissa Ahmad Zaibidi, 12, berkata, meskipun segala persiapan sudah dilakukan, namun debaran semakin dirasai berikutan pelancaran rasmi TMM2024 kini cuma berbaki beberapa hari sahaja lagi.

“Ini adalah hari kedua saya dan kawan-kawan berlatih berlatih di pentas utama, semalam dari jam 9 pagi hingga 10 malam berlatih untuk pastikan pada 31 Disember ini semua berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu Afiqah Adani Ghadaffi, 10, pula mempersiapkan diri untuk memberikan persembahan terbaik dengan memastikan dia mendapat masa rehat yang cukup.

“Sudah dua tahun saya menari, selain berani dan yakin, berdasarkan pengalaman sendiri stamina adalah perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh setiap penari.

“Pernah sekali kaki saya terseliuh ketika latihan, tetapi atas semangat dan minat menari saya berjaya atasi masalah itu,” katanya.

Manakala Muhammad Hafiz Mohamad, 12, juga berkongsi perasaan teruja apabila bakal membuat persembahan di hadapan artis jemputan popular tempatan.

“Tak sabar nak jumpa Datuk Seri Siti Nur Haliza nanti, jadi saya kena buat yang terbaik semasa persembahan.

“Ini bukan kali pertama saya menari di khalayak ramai, ini adalah tahun ketiga saya beraksi di pentas untuk acara besar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5758
Kongsi :
Previous post 2023 negara saksi tragedi udara, darat dan air
Next post Halal On Track Melaka 2023 buka tirai KIAM’23
Ubah saiz-+=