Penangan Bila Larut Malam, ‘Ponti’ Melaka pun kena ambil ‘OT’

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDA HILIR 3 Jun – Mengilai dengan berjubah serba putih dan wajah menyeramkan barangkali sudah tidak asing lagi kelihatan di sekitar Banda Hilir, Melaka.

Gelagatnya yang menghiburkan orang ramai menjadi antara watak penyeri pada Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) apatah lagi dengan penganjuran Program Melaka Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’.

Ponti Jibam Jibam atau nama sebenarnya Mohd Saifen Mohamed, menyifatkan sambutan Program Melaka Bila Larut Malam sebagai luar biasa membuatkan dia teruja untuk bekerja lebih keras selepas ini.

“Sambutan kali ini sangat luar biasa sehinggakan ‘hantu’ pun sudah tidak terlayan. Betapa ramainya manusia yang datang.

“Nampaknya saya kena kerja ‘over time’ dari jam 8 malam sehinggalah 3 pagi untuk menghiburkan mereka,” katanya berseloroh apabila ditemui Melaka Hari Ini pada Program Melaka Bila Larut Malam di Banda Hilir, di sini, pada Ahad.

Img 20240602 193638 404
ARA Syafiqah.

Ditanya kepada peniaga sekitar, Ara Syafiqah Amin Mohd Ridzuan, 21, turut meluahkan rasa syukur kerana pelanjutan tempoh perniagaan sempena Program Melaka Bila Larut Malam menarik lebih ramai orang.

“Inisiatif ini sangat baiklah. Semakin lewat malam, semakin ramai pula orang yang akan datang ke kawasan ini seterusnya singgah ke gerai kami ini.

“Saya setuju sekiranya selepas ini banyak program macam persembahan dibuat di sini membantu peniaga promosikan produk kami,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

190
Kongsi :
Previous post Moyang Harley Davidson 100 tahun
Next post Pengunjung impikan ‘Melaka Bila Larut Malam’ setiap minggu
Ubah saiz-+=