Penangan ayam kampung kacuk Keluarga Haji Sharief

Masa Membaca:1 Minit, 53 Saat

ASAHAN 28 Februari – Biarpun baru dua tahun namun berkat berhempas tulang mengusahakan ternakan ayam kampung kacuk bersama 28 ahli keluarga di Kampung Gubah, di sini mampu menghasilkan pendapatan lumayan.

Sejak berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 24 Jun 2020 atas nama syarikat Koperasi Keluarga Haji Sharief Melaka Berhad (KOP-KHAS), perusahaan itu nyata tidak menang tangan memenuhi permintaan peraih terhadap ayam kampung kacuk Gred A dihasilkan ladangnya.

Setiausaha KOP-Khas, Mohd. Zamri Sharief berkata, penubuhan koperasi itu ditubuhkan atas nama arwah bapanya yang dianggotai 28 keluarga Haji Sharief dengan berbekalkan modal saham sebanyak RM48,000.

“Ladang kami dinamakan sebagai KOP-KHAS F@RMVILLE berkeluasan 1.4 ekar dan mempunyai lima buah reban yang setiap satunya boleh menampung sebanyak 5,000 ekor ayam matang.

“Kemasukan anak ayam pertama telah dibuat pada 4 Mac 2021 dengan jumlah ternakan sebanyak 14,000 ekor tetapi kini Alhamdulillah jumlah pengeluaran adalah sebanyak 25,000 ekor untuk satu pusingan.

“Daripada segi permintaan memang menggalakkan walaupun ini ayam kacukan dari Eropah tetapi orang suka kerana tekstur dagingnya sama macam ayam kampung biasa malah ia lebih cepat membesar sekali gus menjimatkan kos menternak,” katanya.

photo1677371219
Pengerusi Lembaga KOP-KHAS, Faizal Ahmad Shafii (tengah) bersama Timbalan Pengerusi, Abdullah Sa’adon (kanan) dan Setiausaha, Mohd Zamri Sharief (kiri) melawat ladang ayam kampung kacuk yang diusahakan pada Program Eksplorasi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ke Koperasi Keluarga Haji Sharief Melaka Berhad di Kampung Gubah, Asahan, Jasin. Foto: MR. AZLI

Jelas Zamri, tiada istilah mustahil dalam mengusahakan penternakan itu sebaliknya dia menganggap setiap ujian yang datang hanyalah bentuk motivasi untuk lebih memajukan diri.

“Saya memahami isu dihadapi negara bahkan kami juga terkesan dengan harga anak ayam dan dedak yang semakin tinggi tetapi bersyukur jugalah sebab SKM banyak membantu untuk beli peralatan seperti bakul ayam dan kipas selain turut mendapat kerjasama agensi lain.

“Berkat kesabaran sehingga kini pengeluaran ayam hidup matang di ladang ternakan sedia ada berjumlah 84,600 ekor dengan pendapatan sebanyak RM82,864.56 dicatatkan 31 Mei tahun lalu.

“Kami tiada spesifik pasaran walaupun difahamkan ayam kami yang dibeli oleh penternak pernah ‘mendarat’ ke Singapura. Bagi kami yang lebih penting adalah memastikan hanya ayam berkualiti sampai kepada mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3507
Kongsi :
Previous post Guru boleh diarah hadir bertugas semasa cuti penggal persekolahan
Next post Kekalkan Bazar Aidilfitri Mega Klebang di tapak asal
Ubah saiz-+=