Sorting by

×

PEMUDA UMNO MASJID TANAH SUMBANG BAJU RAYA PERCUMA

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

MASJID TANAH 22 Mac – Menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah menyumbang baju raya kepada 150 golongan memerlukan, hari ini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid berkata, sumbangan tersebut merupakan antara inisiatif bagi meringankan beban golongan memerlukan melakukan persiapan menyambut lebaran.

“Di peringkat Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, kami amat berbesar hati menyumbang baju raya kepada 150 golongan memerlukan yang mana majoriti daripada mereka adalah terdiri daripada kanak-kanak.

“Sejujurnya, saya bersama sahabat Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah yang lain tersentuh hati melihat ada dalam kalangan penerima terharu menerima sumbangan baju raya percuma hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Program Sumbangan Baju Raya Anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah di sebuah gedung pakaian, di sini, hari ini.

Img 20250322 wa0057
ABDUL Hakim ketika membantu salah seorang penerima sumbangan memakai baju raya di sebuah premis pakaian di Masjid Tanah.

Abdul Hakim yang juga Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka, menyatakan penghargaan di atas kesudian Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang turut sama menyantuni para penerima sumbangan tersebut.

“Lebih istimewa, Ketua Menteri turut hadir menyantuni setiap penerima sumbangan ini.

“Saya bersama barisan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah menyatakan penghargaan di atas kesudian Ketua Menteri Melaka meluangkan masa bersama para penerima,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post MELAKA WUJUDKAN KLUSTER ‘HOMESTAY’ BAHARU DI KAMPUNG CHINCHIN
Next post IBU SIMBAH ANAK DENGAN AIR PANAS KERANA MAIN ALAT SOLEK