
Pemuda maut, motosikal terbabas ke dalam longkang
ALOR GAJAH 31 Julai – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabas ke dalam longkang di Jalan Alor Gajah – Paya Datok, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa M Joshua, 31, dari Taman Sri Naning, disahkan maut di tempat kejadian.
“Kejadian berlaku kira-kira jam 4.15 pagi tadi apabila motosikal Yamaha Lagenda dari arah bulatan Alor Gajah menghala ke Paya Datuk, ditunggangi mangsa hilang kawalan.
“Motosikal berkenaan hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan, mangsa telah terjatuh ke dalam longkang,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
ADDRIENA BATRISYA DILANTIK YDP MPP KAYM
AYER KEROH 10 Mac - Nur Addriena Batrisya Zita@Zukalman, pelajar semester 2 Diploma Teknologi Elektronik Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM)...
UBAH SUAI BOT LAMA JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
BANDARAYA MELAKA 10 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) bercadang mewujudkan produk baharu dengan membaik pulih serta...
CHARITY OUTLET MELAKA MALL SEDIA BAJU PERCUMA
AYER KEROH 10 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) meneruskan inisiatif menyediakan pakaian terpakai percuma di pusat derma...
ANGGOTA POLIS MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG DENGAN LORI
SEREMBAN 10 Mac - Seorang anggota polis lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di di KM...
PELANCONG CHINA MAUT KETIKA MENYELAM DI SEMPORNA
SEMPORNA 10 Mac - Seorang pelancong lelaki warga China berusia 34 tahun, maut akibat lemas ketika melakukan aktiviti menyelam di...
PENSYARAH UTEM BANTU TINGKAT EKONOMI WANITA JADI USAHAWAN F&B
DURIAN TUNGGAL 10 Mac - Sekumpulan pensyarah dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melaksanakan projek khas meningkatkan tahap ekonomi...