
Pemuda maut motosikal rempuh tiang lampu
MELAKA 2 April – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan dan terbabas merempuh tiang lampu di Jalan Batu Berendam berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di sini awal pagi tadi.
Dalam kemalangan jam 3.32 pagi itu, K Naventhiran, 19 maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata siasatan mendapati mangsa yang bekerja pembantu kedai perkakasan dalam perjalanan dari arah bandar Melaka menghala ke Gangsa.
Katanya, setiba di lokasi kejadian motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum melanggar tiang lampu di kanan jalan.
“Akibat rempuhan itu, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati jalan berkenaan mempunyai dua lorong sehala dan keadaan cuaca ketika kejadian juga baik dan tidak hujan.
“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RM400,000 CERIAKAN AIDILFITRI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN
LENDU 14 Mac - Sejumlah RM400,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bertujuan menceriakan sambutan Aidilfitri seramai 2,000 orang penerima dalam kalangan golongan...
TAPAK PENJAJA PINGGIRAN SUNGAI MITC BAKAL BERWAJAH BAHARU
AYER KEROH 14 Mac - Tapak penjaja Pinggiran Sungai MITC bakal dinaik taraf bagi memberikan lebih keselesaan dan kemudahan penjaja...
POLIS PENGIRING CEDERA KEMALANGAN KETIKA BERTUGAS
ALOR GAJAH, 14 Mac - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Yang di-Pertua Negeri...
RM20 JUTA ATASI HAKISAN PANTAI PUTERI, DIJANGKA SIAP 2027
PAYA RUMPUT 14 Mac - Masalah hakisan yang membelenggu Pantai Puteri bakal berakhir apabila projek tambakan pantai peranginan itu bermula...
RINGANKAN BEBAN RAKYAT SEMPENA RAMADAN
PAYA RUMPUT 13 Mac - Seramai 120 warga Parlimen Tangga Batu kurang bernasib baik menerima sumbangan sempena Ramadan tahun ini....
KETUA MENTERI ‘TERJAH’ BAZAR RAMADAN TAMAN RAMBAI JAYA
PAYA RUMPUT 13 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, membuat lawatan mengejut ke Bazar...