
Pemuda maut dirempuh kereta
GADEK 28 Julai – Seorang pemuda maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Dalong, Jelatang-Gadek, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, Muhammad Shah Fiy Shahrin, 25, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang kereta cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila kereta jenis PROTON Saga cuba memotong sebuah lagi kereta di hadapan.
Ketika memotong, kereta itu telah bertembung dengan penunggang motosikal yang datang dari arah hadapan.
“Akibat kemalangan tersebut, kereta itu telah terbabas ke kanan jalan dan telah melanggar sebatang pokok lalu terbakar, manakala penunggang motosikal telah tercampak dan jatuh ke tengah jalan.
“Penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat manakala pemandu serta penumpang kereta dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk menerima rawatan,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...