Pemuda liwat rakan sebilik ditahan
AYER KEROH 26 Disember – Seorang pemuda ditahan selepas disyaki meliwat seorang murid lelaki darjah enam selepas perbuatan jijik itu diketahui bapa remaja terbabit dalam kejadian pada Ahad.
Ketua Polis Melaka Datuk Wira Zainol Samah berkata, mangsa berusia 12 tahun didakwa menjadi mangsa kepada suspek berusia 20 tahun sejak kira-kira enam bulan lalu.
Beliau berkata, kejadian dikatakan berlaku disebuah asrama di daerah Melaka Tengah, malah suspek juga adalah rakan sebilik kepada mangsa.
“Daripada siasatan dijalankan mangsa mendakwa suspek meliwatnya sejak 14 Mei lalu namun hanya empat tarikh kejadian yang diingatinya dan perkara itu berlarutan sehingga kira-kira 30 kali.
“Remaja terbabit juga mendakwa dia turut dipaksa untuk meliwat suspek di dalam tandas dan terpaksa menurutinya kerana takut,” katanya.
Menurut Zainol, tidak tahan terus diganggu suspek, mangsa kemudian menceritakan kejadian yang berlaku kepada bapanya pada Ahad lalu.
“Suspek dikatakan tiba di rumah mangsa kira-kira jam 11.45 pagi sebelum dia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Difahamkan mangsa dimasukkan ke asrama bagi memudahkan urusan persekolahan kerana ibunya bekerja sambil belajar selain bapanya pula bekerja dan jarang berada di rumah,” katanya.
Zainol berkata, suspek kini direman selama enam hari sehingga Sabtu depan bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.