Sorting by

×

Pemodenan pembedahan melalui laparoskopi

Masa Membaca:3 Minit, 13 Saat

PEMODENAN teknologi memberi kesan dan impak kepada semua tahap kehidupan. Industri kesihatan tidak terkecuali dari revolusi pemodenan ini.

Pembedahan laparoskopi atau lebih dikenali pembedahan invasif minimal, adalah kaedah pembedahan yang baru di mana insisi kecil dilakukan di bahagian abdomen berbanding cara pemdedahan konvensional.

Dari insisi inilah kamera teleskop 2D atau yang terkini kamera 3D dimasukkan. Dengan ini pakar bedah boleh menggambarkan dan melihat organ dalaman di skrin, menjadikan pembedahan lebih mudah dan selamat. Untuk mempermudahkan pembedahan, ruang abdomen biasanya akan dinaikkan dengan karbon dioksida (CO2) bertekanan, yang tidak mudah terbakar dan mudah diserap ke dalam badan.

Hampir semua jenis pembedahan boleh menggunakan sistem pembedahan laparoskopi anataranya apendiks, angin pasang (hernia), pundi hempedu, batu karang, hati dan pembedahan kanser kolorektal.

Walaupun pembedahan ini telah berada beberapa dekad, namun cara pembedahan ini memerlukan kepakaran yang mendalam berbanding dengan kaedah pembedahan terbuka. Ini adalah kerana laparoskopi merupakan pembedahan teknikal rumit yang memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menavigasi struktur dalaman.

Kebolehan ini hanya boleh dicapai oleh pakar bedah setelah bertahun tahun menjalani latihan terperinci.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

Setiap pemdedahan semestinya ada kelebihan dan kekurangannya dan berdasarkan kepakaran pakar bedah, yang paling mustahak komplikasi dielakkan dan keselamatan pesakit diutamakan.

Antara kelebihannya ialah:

  • Insisi kecil memberi kurang kesakitan
  • Membolehkan pergerakan awal dan pemulihan jangka masa singkat
  • Kurang pendarahan dan tidak memerlukan pemindahan darah
  • Fungsi pergerakan usus lebih cepat dari pembedahan konvensional
  • Kos keseluruhan penginapan rendah disebabkan pesakit boleh pulang lebih awal

Antara keburukan ialah:

  • Kemungkinaan kecederaan kepada tisu disebabkan kurang persepi
  • Kesan buruk inflasi CO2 dan stress kepada jantung, terutama sekali pesakit yang ada masalah jantung
  • Mungkin sukar dilakukan kepada pesakit yang pernah menjalani pembedahan terbuka kerana kesan parut
  • Mengambil masa lama untuk pembedahan berbanding dengan cara pembedahan secara konvensional
  • Kesukaran melihat keseluruhan gambaran di abdomen berbanding dengan prosedur terbuka
  • Parut di bahagian dalam perut dari pembedahan terbuka mempunyai kemungkinan komplikasi atau penyumbatan usus lebih tinggi dalam jangka masa panjang

PEMULIHAN SELEPAS LAPAROSKOPI

Disebabkan kesan insisi yang kecil, pesakit dapat bangun dengan cepat dan bergerak dari katil. Berjalan dapat menormalkan usus dan mengurangkan kesan kembung dengan cepat.

Kesan kembung selepas pembedahan laparoskopi memang biasa disebabkan inflasi gas CO2 semasa pembedahan. Bergantung pada jenis pembedahan antara tiga hingga ke lima hari.

Walaupun kesan parut kecil, kebersihan perlu di jaga, terutamanya pesakit yang mengidapi kencing manis. Biasanya parut pembedahan dibalut untuk tiga hari dan pada hari ketiga, ianya akan diperiksa oleh doktor.

Jika pembedahan laparoskopi berjaya tanpa komplikasi, pesakit dapat dilepaskan dari hospital, bergantung pada jenis pembedahan antara tiga ke lima hari.

Tiada pantang larang dari segi penjagaan makanan, tetapi secara lazimya pemakanan secara seimbang digalakkan. Bagi pesakit kanser usus yang selesai menjalani pembedahan, pemakanan berdaging tidak digalakkan. Daging atau ‘red meat’ adalah tinggi dengan besi (iron) dan iron adalah pro-oxidant.

Ini akan mengakibatkan kerosakan di dinding usus dan menggalakkan carcinogenesis. Sama juga makanan berlemak yang juga ada kesan sampingan seperti iron.

Bagi pesakit yang baru sahaja menjalani pembedahan angin pasang, senaman dan pergerakan aktif tidak digalakkan untuk dua minggu.

Walaupin insisi di badan adalah kecil, sama seperti pembedahan konvensional, ada beberapa pantang larang yang perlu di patuhi oleh pesakit. Sebagai peraturan, pesakit dibebaskan selama tiga hingga lima hari, tetapi ini tidak bermakna dia boleh kembali dengan irama kehidupan yang sama.

Selepas tiba di rumah, penting bagi pesakit untuk mengikuti garis panduan berikut:

  • Semua perubatan dalam rejimen mesti diselaraskan dengan doktor yang hadir;
  • Adalah penting untuk mengecualikan diri dari sukan atau aktiviti lasak untuk penyembuhan cepat jahitan;
  • Perjalanan panjang tidak digalakkan dalam tempoh terdekat
  • Mengangkat barangan berat adalah dilarang
  • Jangan mengunakan krim pada jahitan, jikalau perlu, dapatkan kepastian dari doktor terlebih dahulu
  • Pakaian yang selesa harus dipakai
  • Sehingga jahitan dikeluarkan, anda tidak digalakkan mandi

Sekiranya anda perlu mengetahui lebih lanjut bertentangan pembedahan laparoskopi, anda boleh berhubung dengan Dr Shankar Gunarasa, Pakar Bedah Umum, Laparoskopi dan Kolorektal di Pantai Hospital Ayer Keroh Melaka di talian 06-2319999 sambung ke 2131.

Views:

12257
Kongsi :
Previous post Sukma, Para Sukma 2020 Johor dibatalkan
Next post MISB perluas pasaran mengikut syariah
Ubah saiz-+=