Sorting by

×

Pemilihan semula JPKK Desa Duyong pada Februari

Masa Membaca:58 Saat

DUYONG 26 Disember – Pemilihan semula Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Desa Duyong, akan diadakan selewat-lewatnya pada Februari 2023.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, pada pemilihan semula itu nanti, individu yang akan diberi kepercayaan untuk menjalankan tanggungjawab menerajui jawatankuasa baharu akan diputuskan olehnya.

“Pemilihan JPKK Desa Duyong akan diadakan semula selewatnya pada Februari depan.

“Siapa kepala yang akan teraju berikan kepercayaan kepada saya untuk tentukannya nanti,” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-9 Persatuan Komuniti Taman Desa Duyong, di sini, 24 Disember lalu.

Beliau lebih mesra disapa Mat berkata, kriteria dan apa yang diambil kira untuk pemilihan Pengerusi JPKK yang baharu nanti adalah seorang yang bersikap terbuka, boleh menerima teguran serta pandangan ramai.

Sementara itu pada mesyuarat sama membincangkan beberapa isu yang antaranya adalah pengurusan aset kerajaan.

“Aset kerajaan dalam kawasan taman akan diserahkan kepada persatuan penduduk untuk kerja pengurusan dan sebanyak RM1,000 disumbangkan bagi pengurusan persatuan daripada Japerun Duyong.

“Selain itu antara yang dibangkitkan oleh penduduk adalah isu penyelenggaraan infrastruktur dan pembersihan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ini kita akan ambil maklum,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2308
Kongsi :
Previous post Air pasang besar di Tanjung Piai jadi tarikan pelancong
Next post Ibu jurufoto MHI meninggal dunia
Ubah saiz-+=