Sorting by

×

Pemeriksaan kenderaan sukan permotoran akan diperketatkan – JPJ

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER MOLEK 17 Oktober – Pemeriksaan terhadap kenderaan sukan permotoran akan diperketatkan bagi mengelakkan insiden kemalangan yang boleh meragut nyawa.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim berkata, bagi memastikan setiap pelumba yang terbabit mengambil cakna aspek teknikal sebelum menyertai sebarang perlumbaan kerjasama bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dipertingkatkan.

“Kami JPJ setiap masa memang perketatkan aspek pemanduan kenderaan (perlumbaan drag) ini, memang tidak pernah melonggarkan malah tidak melihat perkara yang ringan.

“Kerana drift ini pemanduan bahaya, tetapi memang aspek perlumbaan sedemikian rupa, sama juga perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada media selepas merasmikan Ulang Tahun Ke-20 Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia di Tiang Dua, Ayer Molek, hari ini.

WhatsApp Image 2022-10-17 at 16.32.06 (1)
Ketua Pengarah JPJ Datuk, Zailani Hashim pada sidang media.

Menurut beliau, JPJ sememangnya mempunyai garis panduan serta peraturan membabitkan spesifikasi kenderaan sukan permotoran.

Sebelum ini, media melaporkan pelumba drag, Muhammad Hafez Jamal Jamaluddin, 40, maut ketika menyertai Perlumbaan Battle of The King, B-O-T-K 2022 di Litar Perlumbaan Terengganu, Gong Badak, Terengganu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.35 pagi pada itu, mangsa yang memandu Mitsubishi Lancer Evo 7 hilang kawalan sebelum kenderaan dipandunya terbabas dan melanggar pokok ketika sedang mengambil bahagian dalam acara ujian masa individu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2295
Kongsi :
Previous post Lapan barangan tersenarai di bawah skim harga maksimum Deepavali
Next post Jawatankuasa Pengurusan Bencana diaktifkan serta merta
Ubah saiz-+=