Pembukaan sempadan: ATM sentiasa siap siaga
CYBERJAYA, 26 Mac – Kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada pada tahap tinggi untuk menghadapi sebarang kemungkinan apabila sempadan negara kembali dibuka pada 1 April ini, kata Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang.
“ATM sentiasa kekal bersedia mengukuhkan kawalan di sempadan negara sepanjang masa,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Ekspo Usahawan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 2022 di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lepas mengumumkan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik dan membuka semula sempadan negara mulai 1 April.
Affendi berkata pihaknya sedang menunggu perincian mengenai protokol pembukaan sempadan oleh Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membolehkan ATM melaksanakan gerak kerja berdasarkan protokol tersebut.
Dalam perkembangan lain, Affendi berkata 48.2 peratus veteran ATM terlibat dalam perniagaan selepas tamat perkhidmatan bagi meningkatkan tahap sosioekonomi mereka. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...
W.R.U.R JELMAKAN LEBIH 40 PENCAPAIAN UNTUK WARGA KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Penganjuran edisi pertama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
MASYARAKAT KUALA LINGGI DAPAT LIMPAHAN W.R.U.R
KUALA LINGGI 18 Januari - Masyarakat majmuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi mendapat pelbagai limpahan manfaat menerusi...
KAMPUNG DIGITAL MELAKA LENGKAP DALAM 6 BULAN
KUALA LINGGI 18 Januari - Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka akan lengkap dalam tempoh enam bulan, kata Ketua Menteri Datuk...
RUMAH KAHWIN MERCU EKONOMI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Rumah Kahwin berpotensi beri impak positif kepada ekonomi masyarakat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...