
Pemberian vaksin lebih 14.7 juta setakat semalam – Adham Baba
KUALA LUMPUR, 20 Julai – Jumlah pemberian vaksin COVID-19 kini mencecah 14,772,221 dos suntikan di seluruh negara setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau memaklumkan peningkatan itu selepas 424,936 dos vaksin lagi diberikan hingga 11.59 malam tadi, merangkumi 282,106 orang menerima suntikan pertama manakala 142,830 adalah penerima dos kedua.
“Perkembangan baru itu, menjadikan jumlah terkini individu lengkap dua dos vaksin sebanyak 4,674,380 yang meliputi 14.3 peratus populasi rakyat negara ini,” katanya menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin COVID-19 di Twitter, hari ini.
Menerusi hantaran sama, Labuan kekal negeri yang mencatatkan peratusan penduduk dewasa lengkap dua dos vaksinasi tertinggi dengan 64.6 peratus, diikuti Sarawak (45.7 peratus), Perlis (36.4 peratus), Lembah Klang (20.8 peratus) dan Negeri Sembilan (20.6 peratus).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...
MELAKA NEGERI PERTAMA DIGITALKAN KAMPUNG, HAIWAN TERNAKAN
SERI NEGERI 17 April - Seiring dalam era kemodenan dan digitalisasi masa kini, Melaka juga telah menjadi pelopor dan perintis...
SM-WEZ KAWASAN ‘IBU NEGERI’ BAHARU MELAKA
SERI NEGERI 17 April - Tidak cukup dengan kawasan perindustrian, Melaka juga memberi tumpuan kepada kewujudan zon ekonomi baharu yang...
AB RAUF MAHU RAKYAT MELAKA ADA PEKERJAAN TETAP, KEHIDUPAN STABIL
SERI NEGERI 17 April - Selain pelancongan, antara misi utama Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...