PEMBEDAHAN ROBOTIK DI MELAKA
Oleh: Datuk Dr. Shankar Gunarasa
Pakar Bedah Kolorektal dan Umum, Robotik dan Laparoskopi
Pantai Hospital Ayer Keroh Melaka
PEMBEDAHAN robotik merupakan satu teknologi canggih dalam bidang perubatan dan pembedahan secara robotik ini telah banyak di gunakan di serata dunia.
Di MalaysIa juga pembedahan robotik ini banyak berpusat di Kuala Lumpur sejak lima tahun kebelakangan ini.
Namun pada tanggal 7 Ogos 2024, Pantai Hospital Ayer Keroh Melaka telah melakar sejarah sebagai hospital pertama di Melaka melakukan pembedahan dengan kaedah robotik.
Memang ramai antara pembaca tertanya-tanya apakah itu pembedahan robotik?
Kalau di sebutkan nama robotik, sudah pasti anda teringat kepada aksi ‘robot’ dalam filem Terminator. Namun, sebenarnya pembedahan dengan mengunakan robotik dari segi pembedahan jauh berbeza dari robot di filem tersebut.
‘Robot’ asal usul dari perkataan Czech ‘robota’ yang bermakna ‘forced labor’. Robot pertama PUMA 560 (IBM) digunakan pada tahun 1985 untuk pembedahan otak (neurosurgery) bagi mengambil biopsi untuk pakar neurology.
Sejak saat itu, pembedahan robotik terus menjalani peningkatan dalam hal ketapatan dan aplikasi yang luas.
Kini pembedahan secara robotic ini banyak dilakukan oleh pakar kolorektal seperti saya, pakar sakit puan(Gyneacology), pakar urologi dan yang terbaru pakar ortopedik.
Salah satu robot yang terkenal dan terbaharu di dunia adalah ‘Da Vinci Xi’, yang kini digunakan di Pantai Hospital Ayer Keroh, Melaka.
Robot ini dikendalikan oleh doktor yang terlatih untuk memberikan presisi pembedahan yang lebih tinggi, akses yang lebih baik dan pemulihan yang lebih cepat. Konsepnya tetap sama, berlandaskan dengan pembedahan ‘minimally invasive surgery’.
Peranan pakar bedah adalah sebagai pengendali dan ‘set up’ jika dibandingkan dengan pembedahan secara laparoskopi cukup berbeza. Malah, pakar bedah yang mengendalikan pembedahan robotik ini juga perlu ditauliahkan dengan latihan, pengkhususan dan diiktiraf dari luar negara selama empat atau lima bulan.
Sistem robot dilengkapi dengan ‘surgeon console’, ‘patient cart’ dan ‘vison cart’, selain dilengkapi dengan kemampuan visualisi dan pembesaran definisi tinggi 3D.
Sistem Da Vinci Xi ini meningkatkan ketepatan pembedahan, menghasilkan insisi yang lebih kecil, pengurangan kesakitan dan tempoh pemulihan yang lebih cepat untuk pesakit.
Keberhasilan rawatan mengunakan pembedahan robotik dapat dinilai daripada kes-kes yang rumit dan sukar di capai dengan cara laparoskopik tetapi boleh ditangani oleh tangan robot.
Robot Da Vinci menandakan pencapaian penting dalam bidang pembedahan dengan mengunakan ketepatan robotik dengan kepakaran pakar bedah.
Perlu diingatkan, robot ini akan dikawal oleh pakar bedah sendiri dan robot tersebut TIDAK boleh melakukan pembedahan dengan sendirian.
Kelebihan pembedahan robotik ini berbanding pembedahan secara laparoskopi adalah robot ini dapat mencapai presisi yang tepat pada bahagian pembedahan yang rumit seperti pembedahan kanser rektum.
Dengan segala jenis kemajuan teknologi, tentu ada kosnya. Kos pembedahan Robotik adalah tinggi dan buat masa ini tidak dijamin oleh pihak insurans. Tetapi dengan kebaikan pembedahan robotik ini, saya pasti pihak insurans satu hari nanti akan menampung kos pembedahan robotik ini.
Bagi pakar bedah seperti saya, kita perlu mendampangi teknologi pembedahan robotik ini.
Teknologi robotik dan ‘Artificial Intellligence’ adalah masa depan kita. Dengan inovasi terus-menerus, teknologi robotik ini akan terintegrasi dalam kehidupan seharian kita.
**Sekiranya anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang pembedahan secara robotik atau pembedahan lain, anda boleh berhubung dengan Datuk Dr. Shankar Gunarasa, Pakar Bedah Kolorektal dan Umum, Robotik dan Laparoskopi di Pantai Hospital Ayer Keroh Melaka di talian 06-2319999 sambungan 2131.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.