Pembangkang menyambut baik….

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

AYER KEROH 5 Okt. – Parti pembangkang menyambut baik tindakan empat Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) di negeri ini yang bertindak menarik sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, semalam.

Setiausaha DAP Melaka, Damian Yeo Shen Li berkata sebagai pembangkang jika kerajaan jatuh sudah tentu ia peluang untuk parti itu menjadi kerajaan seterusnya.

“Jadi kalau kerajaan tidak ada bilangan berdasarkan kepada undang-undang, kalau mereka tidak ada ‘numbers’ iaitu bilangan (ADUN) kurang, maka sebagai pembangkang kita ialah ‘kerajaan menunggu ,” katanya kepada MHI.

Damian berkata pihak pembangkang terus berseda selagi Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atas sebab COVID-19 dan sebagainya.

“Bagi saya memang kita menyambut baik kerana dari sudut ‘life of parliament’ ialah lima tahun, asalkan Tuan Yang Terutama (TYT) tidak bubarkan DUN atas sebab-sebab COVID-19 dan sebagainya, jadi sebagai pembangkang kita terima saja.

“Saya dulu pensyarah undang-undang di sebuah kolej tempatan, jadi saya cakap berdasarkan kepada undang-undang, jadi kalau pihak kerajaan tidak ada bilangan mereka berdasarkan kepada perlembagaan sudah tentu sebagai pembangkang kita adalah yang seterusnya,” katanya.

Terdahulu, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah menyerahkan surat ketidakpercayaan kepada Pejabat Ketua Menteri semalam.

Empat ADUN itu adalah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Idris Haron (ADUN Sungai Udang), ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee, ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kini mempunyai 28 kerusi DUN. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali kini hanya mempunyai 13 ADUN yang menyokong beliau setelah empat ADUN terbabit menarik sokongan terhadap beliau.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

539
Kongsi :
Previous post Rakyat Melaka terkejut dan kecewa senario politik negeri
Next post Lebih RM330 bilion daripada pakej bantuan, rangsangan ekonomi telah dimanfaatkan
Ubah saiz-+=