Pembahagian kerusi MCA terserah pimpinan tertinggi BN

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 18 Oktober – MCA Melaka menyerahkan sebarang keputusan kepada presiden parti Barisan Nasional (BN) dalam menentukan calon yang akan bertanding di Parlimen Alor Gajah, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusi MCA Melaka, Senator Datuk Lim Ban Hong berkata, pihaknya yakin serta percaya dengan pengalaman pucuk pimpinan parti itu untuk membuat keputusan dan pembahagian kerusi dibuat dengan sebaiknya.

Beliau yang juga Naib Presiden MCA berkata, ketika ini pelbagai spekulasi dan nama-nama calon timbul yang timbul akan bertanding pada PRU15.

“Untuk negeri Melaka ini kita kekal dengan dua kerusi parlimen iaitu di Kota Melaka dan Alor Gajah, sebarang keputusan lain biar pihak kepimpinan yang tertinggi tentukan.

“Kalau ikut tradisi pengumuman akan dibuat oleh kepimpinan tertinggi dan presiden. Saya yakin dan percaya pimpinan BN dengan pengalaman serta kebijaksanaan yang mereka ada serta akan melakukan pembahagian kerusi dengan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab spekulasi mengatakan Khairy Jamaluddin akan bertanding di Parlimen Alor Gajah.

Terdahulu, Ban Hong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang menyampaikan sijil lahir kepada Muhammad Shaffiq Izudin, 10, pada Program Temu Seru JPN Melaka, yang turut dihadiri Pengarah JPN negeri Norazle Sulaiman, di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh, hari ini.

Beliau berkata, beliau yakin BN akan mengamalkam konsep perkongsian kuasa seperti di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

“Dari segi pembahagian kerusi mahupun calon saya yakin dan percaya, konsep ini akan terus diamalkan BN.

“Namun, bagi kami tumpuan utama membuat persediaan rapi kerana hari semakin suntuk walaupun sudah PRN. Sekarang ini kita giatkan lagi usaha bagi pastikan calon BN menang sekaligus mendapat sokongan rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1607
Kongsi :
Previous post Hutang berkaitan Lebuhraya DASH perlu dijelaskan
Next post Sultan Nazrin zahir dukacita ‘pelbagai budaya’, ‘kepelbagaian’ dijadikan senjata dalam perang budaya
Ubah saiz-+=