Pemasangan ‘smart meter’ di Melaka sudah capai 92 peratus – TNB

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

AYER KEROH 30 November – Sebanyak 92 peratus kediaman di Melaka sudah beralih kepada pemasangan meter pintar (smart meter) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) Melaka.

Pengurus Besar Negeri (Melaka) Jabatan Strategic Engagement Bahagian Regulatory dan Stakeholder Management TNB Khairizam Ibrahim berkata, jumlah itu membabitkan lebih 330,000 pengguna di negeri ini.

Menurutnya, walaupun peratusan dilihat itu cukup baik, namun pihaknya akan terus komited dalam memastikan 100 peratus pengguna beralih kepada meter pintar dalam masa terdekat.

“Baki lapan peratus yang masih dipasang meter pintar itu adalah disebabkan beberapa faktor antaranya disebabkan rumah tinggal iaitu pemilik tinggal di negeri lain dan tidak dinafikan ada juga yang enggan beralih kepada meter pintar.

“Namun, berdasarkan pemerhatian kita sejak akhir-akhir ini, didapati penerimaan terhadap meter pintar ini semakin baik yang mana ada di antara pengguna ini mendengar sendiri testimoni daripada rakan-rakan tentang kelebihan meter pintar dan itu menyebabkan mereka mahu beralih ke arah digitalisasi.

“Jadi, kita minta jika ada yang masih ketinggalan dan mahu beralih kepada meter pintar agar segera tampil ke TNB untuk melakukan pemasangan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan sesi Networking Hi-Tea Bersama Pengamal Media Negeri Melaka di sebuah hotel di sini.

IMG_20221129_223818_776
AYER KEROH 30 November – Pengurus Besar Negeri (Melaka) Jabatan Strategic Engagement Bahagian Regulatory dan Stakeholder Management TNB Khairizam Ibrahim bergambar bersama wakil pengamal media sempena Majlis Sesi Networking Hi-Tea Bersama Pengamal Media Negeri Melaka di Ayer Keroh, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Mengulas mengenai sesi tersebut, Khairizam berkata, ia merupakan antara usaha dilakukan pihaknya dalam menghargai media yang banyak memainkan peranan penting menyalurkan maklumat yang tepat kepada orang ramai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2910
Kongsi :
Previous post Gagal tawaran universiti awam tidak henti cita-cita bergelar doktor
Next post TNB Melaka siap siaga hadapi musim banjir
Ubah saiz-+=