
Pemandu treler bawa muatan kayu secara berbahaya dikompaun
AYER KEROH 16 Feb – Sebuah treler dikesan membawa muatan kayu secara berbahaya ditahan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, Johor hasil Op Perdagangan yang dijalankan, hari ini.
Berdasarkan maklumat dan gambar yang tular menerusi Facebook Polis Daerah Tangkak, treler berkenaan kemudian di bawa ke Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kesang untuk ditimbang.
Hasilnya pemandu treler dikenakan kompaun kerana membawa muatan secara merbahaya, melebihi had dan tayar botak.
Operasi dijalankan sepanjang Jalan Muar – Segamat dalam pentadbiran IPD Tangkak yang merupakan jalan utama dari Muar ke Segamat.
Dalam operasi ini telah memfokuskan kesalahan- kesalahan berkaitan Kenderaan Perdagangan terutamanya membawa muatan berlebihan dan merbahaya.
Sepanjang operasi tiga lori diperiksa dan sebanyak tiga saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AIDILFITRI ‘PENGIKAT’ SILATURAHIM
TANJUNG BIDARA 31 Mac - Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja meraikan kemenangan umat Islam selepas berpuasa sepanjang Ramadan, bahkan menjadi...
KETUA MENTERI SOLAT SUNAT AIDILFITRI BERSAMA LEBIH 500 PENDUDUK KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 31 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 500...
TYT BERSAMA 10,000 UMAT ISLAM TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI MASJID AL-AZIM
PENGKALAN BATU 31 Mac - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan...
UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILFITRI ESOK
KUALA LUMPUR 30 Mac - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar...
TYT, KM HADIR CERAPAN HILAL SYAWAL
TANJUNG BIDARA 30 Mac - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, hadir ke Majlis Cerapan...
TIGA LELAKI LARI PEMERIKSAAN POLIS DIBERKAS
KUCHING 30 Mac - Polis berjaya memberkas tiga lelaki yang melarikan diri daripada pemeriksaan di Jalan Green di sini awal...