Pemandu tersepit, lori simen terbalik

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 4 April – Seorang pemandu lori simen terpaksa menahan kesakitan kira-kira sejam selepas kenderaan berat dipandunya terbalik, dalam kejadian berhampiran Dewan Bestari, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kejadian kira-kira jam 11.53 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, lori simen yang penuh dengan muatan cecair itu dipandu lelaki berusia 58 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pokok serta tiang lampu sebelum kenderaan itu terbabas ke bahu jalan.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati terdapat seorang mangsa iaitu pemandu tersepit ditempat duduknya dan operasi mengeluarkan mangsa yang berusia 58 tahun dilakukan.

“Pasukan bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa selain dilakukan dengan penuh berhati-hati dan mangsa kemudian berjaya dibawa keluar serta diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya.

Menurutnya, operasi menyelamat masih dijalankan selain pihaknya sedang menunggu kren untuk mengalihkan lori simen terbabit.

“Sekarang bomba tengah tunggu kren untuk mengalihkan lori simen tersebut ini kerana untuk memastikan tiada mangsa lain di bahagian bawah kenderaan berat itu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2790
Kongsi :
Previous post ‘Terima kasih cikgu belikan baju raya’
Next post Pengumuman agihan dividen TH tahun ini dijangka lewat
Ubah saiz-+=