
Pemandu, penumpang selamat pokok hempap kereta
AYER KEROH 10 Julai – Tiga lelaki berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki dihempap pokok dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Abdul Razak, Bukit Sebukor, di sini, awal pagi tadi.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.25 pagi ketika kereta Proton Saga terbabit melalui tempat kejadian.
Difahamkan, tiba-tiba sahaja sebatang pokok yang berada di bahu kiri jalan tumbang lalu menghempap kereta terbabit.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.27 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
“Kami dimaklumkan terdapat tiga mangsa lelaki dewasa dalam kereta berkenaan semasa kejadian.
“Pokok terbabit tumbang dan terkena bahagian penumpang belakang sebelah kiri namun begitu kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Menurut jurucakap APM, pasukan APM yang berada di lokasi kejadian kemudian membantu memberikan khidmat memotong dan membersihkan pokok tumbang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...
NELAYAN TERJATUH DI PERAIRAN PULAU TIKUS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
GEORGE TOWN 11 Mac - Seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus, di...
JUAL KOLEKSI BARANG ANTIK DEMI KELANGSUNGAN HIDUP
DUYONG 11 Mac - Meskipun berat, Mohamad Nasirudin Md Zen, 39, terpaksa akur dan sedia untuk menjual sebahagian koleksi barangan...
PERZIM SASAR 650,000 PELAWAT TAHUN INI
AYER KEROH 11 Mac - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menetapkan sasaran seramai 650,000 orang pelawat singgah ke muzium-muzium seliaannya sepanjang...