
Pemandu mabuk rempuh polis trafik direman empat hari
JOHOR BAHRU 15 Julai- Seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan seorang anggota polis trafik cedera parah ketika bertugas di Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya di sini semalam, direman empat hari.
Perintah tahanan reman hingga Khamis terhadap suspek berumur 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.
Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A)(B) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan.
Semalam, media melaporkan seorang anggota polis trafik cedera parah akibat dirempuh pemandu mabuk ketika sedang mengawal lalu lintas di Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata dalam kejadian 7.05 pagi itu, mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an mengalami patah tulang pinggul sebelah kiri dan luka pada bahagian muka, dagu serta tangan sebelah kanan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...
PENGANGGUR DISYAKI CABUL GADIS SEDANG BERSENAM
AYER KEROH 11 April - Seorang lelaki yang juga penganggur ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis dalam kejadian di...
KERAJAAN PERPADUAN SEMAKIN MATANG, SELESAI MASALAH RAKYAT
BUKIT KATIL 11 April - Selepas tiga tahun, pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat...
DUA MAUT, TIGA PARAH DALAM KEMALANGAN DI JOHOR BAHRU
JOHOR BAHRU 11 April - Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua pacuan empat...