Sorting by

×

PEMANDU LORI PARAH, DUA CEDERA DALAM NAHAS DI KM 178.5

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

JASIN 9 Januari – Seorang parah, manakala dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan dua buah lori dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 178.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara dari Tangkak ke Jasin, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa yang parah adalah pemandu lori 20 tan yang membawa muatan pasir berusia 34 tahun, manakala dua lagi yang cedera merupakan pemandu dan penumpang lori 5 tan yang membawa muatan barang pindah rumah.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohd Azlan Ramli, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.15 pagi sebelum menggerakkan 20 anggota ke lokasi kejadian, termasuk anggota bantuan dari BBP Tangkak.

“Setibanya di tempat kejadian, kemalangan melibatkan sebuah lori 20 tan yang membawa muatan pasir, di mana mangsa lelaki berumur 34 tahun yang juga pemandu tersepit dan mengalami kecederaan di bahagian muka.

“Selain itu, sebuah lori lima tan yang membawa muatan barangan pindah rumah turut terlibat, dengan dua mangsa berumur 31 dan 20 tahun mengalami cedera ringan, manakala pemandu SUV berusia 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, operasi terkawal pada jam 12 tengah hari dan kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

255
Kongsi :
Previous post OPS KHAS GEMPUR TEKNIKAL: JPJ MELAKA AMBIL TINDAKAN 847 KENDERAAN, KELUAR 1,069 NOTIS
Next post MENANGANI ‘KETEGANGAN MATA DIGITAL’
Ubah saiz-+=