
Pemandu lori dituduh bunuh anak tiri
TAMPIN 19 Feb. – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian anak tiri perempuannya berusia empat tahun, awal bulan ini.
Abu Hassan Darus, 30, yang bekerja sebagai pemandu lori simen hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tan Chai Wei.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Abu Hassan dituduh membunuh mangsa dengan niat di sebuah rumah di Kampung Halacara Baru Londah, Gemas di sini, antara jam 3 hingga 5 petang, 1 Februari lalu dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazali Omar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 25 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan laporan kimia serta bedah siasat.
Media pada 12 Februari lalu melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut kerana disyaki didera bapa tirinya dan hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tuanku Ja’afar mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di kepala, kesan lebam di kedua belah pergelangan tangan dan kaki serta kesan gigitan di badan selain tiga tulang rusuk kirinya patah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
