
Pemandu lori didenda RM3,000 pukul adik ipar
AYER KEROH 12 Oktober – Seorang pemandu lori didenda RM3,000 di Mahkamah Ayer Keroh, di sini hari ini selepas mengaku bersalah memukul adik iparnya dengan sebatang kayu hingga cedera pada Mei lalu.
Majistret Nabihah Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, M. Jagan, 37 tahun, yang membuat pengakuan terbabit sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh memukul M.R. Livesh, 29, dengan menggunakan sebatang kayu sehingga mengakibatkan kecederaan di kepala adik iparnya itu.
Menurut pertuduhan, kesalahan itu dilakukan di Jalan Plaza Mahkota 11, Bandar Hilir pada jam 3.30 petang, 31 Mei lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasaruddin manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Ishak Kari.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...