
Pemandu lori balak maut digilis jentera berat
JERANTUT, 9 Mac – Seorang pemandu lori balak maut digilis sebuah jentera berat selepas tergelincir dan jatuh dari kenderaannya semasa sedang mengikat kayu balak dalam kemalangan di Kilometer (KM) 26 Jalan Jerantut-Padang Piol di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Azman Mat Kamis berkata kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu Saifulnizam Zakaria, 41, yang beralamat di Kuala Lipis, Pahang meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa Saifulnizam sedang mengikat muatan balak di atas lorinya menggunakan rantai besi.
“Semasa mengikat balak tersebut, mangsa telah tergelincir lalu terjatuh di belakang kenderaannya. Pada masa sama, pemandu jentera berat yang sedang mengangkat balak tidak menyedari mangsa terjatuh sebelum menggilis mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....