‘Pemandu kenderaan berat jangan pandu terburu-buru’

Masa Membaca:59 Saat

PAYA RUMPUT 10 Jun – Pemandu kenderaan berat seperti bas dan lori diingatkan agar lebih berwaspada, tidak terburu-buru selain sentiasa mengikut lunas undang-undang sepanjang berada di jalan raya.

Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Zahari Abd Kalil berkata demikian ketika mengulas kemalangan maut meragut nyawa Muhammad Aizad Khairil Anwar, 20, di Jalan Satu Krubong baru-baru ini.

Zahari berkata, pemanduan kurang cermat selain sikap terburu-buru segelintir pemandu mendedahkan pengguna jalan raya yang lain kepada risiko kemalangan dan lebih menyedihkan apabila kejadian melibatkan korban nyawa.

“Sebagai makluman bas Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) dikendalikan syarikat swasta bukannya Panorama Melaka Sdn Bhd.

“Justeru, saya nasihatkan kepada semua pemandu bas atau lori supaya sentiasa bertanggungjawab dan berhati-hati, ambil sikap memikirkan orang lain sewaktu di jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menziarahi ahli keluarga Allahyarham Muhammad Aizad di Taman Krubong Perdana, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar Panorama Melaka Sdn Bhd, Masrul Faizal Mohamad.

Pada pertemuan itu Zahari turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada ibu mangsa, Nor Aslinda Nordin, 43, sebagai tanda simpati selain memberi kata-kata semangat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

259
Kongsi :
Previous post 12 mangsa nahas masih dirawat di hospital
Next post Cadangan kenaikan harga siling BPT dijangka dimuktamadkan Oktober ini
Ubah saiz-+=