
PEMANDU, KELINDAN MAUT LORI JATUH GAUNG
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.16 malam.
Beliau berkata anggotaĀ Balai Bomba dan Penyelamat Bentong yang tiba di lokasi kejadian kemudian membantu mengeluarkan kedua-dua lelaki ituĀ yang tersepit di bahagian pemandu dan penumpang.
āOperasi turut dibantuĀ duaĀ anjing pengesan (K9) sebelum bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa daripada lori,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Salahuddin berkata mangsa pertama telah dibawa keluar dari kenderaan itu pada 7.47 pagi tadi manakalaĀ mangsa kedua pada 9.30 pagi.
Kedua-dua lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.