
Pemandu Kancil Merah buat onar ditahan
ALOR GAJAH 3 Oktober- Pemandu Perodua Kancil merah didakwa memandu secara melulu hingga menimbulkan rasa kurang senang pengguna jalan raya yang lain ditahan polis di Masjid Tanah, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 24 tahun yang juga seoarang peniaga tidak memiliki lesen memandu selain cukai jalan kenderaan dipandu sudah tamat tempoh.
“Satu lagi kesalahan dikesan adalah melakukan pengubahsuaian pada ekzos. Malah hasil ujian saringan awal air kencing dijalankan mendapati dia positif dadah.
“Berikutan itu dia ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Terdahulu, tular di laman sosial Facebook mengenai keluhan pengguna jalan raya yang mencari siapakah gerangan pemandu Perodua Kancil terbabit.
Kancil MBA..sedang dicari… mengganggu ketenteraman dan jiwa manusia di jalan raya…ibarat Masjid Tanah dia punya..nak tunjuk samseng kat jalan raya… memekak je ekzos… xpadan yang kancil..ramai yang sedang mencari pemilik kereta ni…’.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....