
Pemandu dipercayai mabuk rempuh lima kereta
KOTA LAKSAMANA 10 Mei – Lima kenderaan rosak selepas dilanggar kereta dipandu individu dipercayai mabuk di Jalan Kota Laksamana, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, pemandu berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, siasatan awal mendapati, kereta jenis Toyota Altis dipandu lelaki berusia 54 tahun itu sedang menghala ke Jalan Kampung Pantai dari arah Kota Laksamana.
“Ketika di lokasi, kereta berkenaan dikatakan hilang kawalan lalu melanggar lima buah kereta yang berada di sebelah kiri jalan.
“Antara kenderaan yang dilanggar ialah dua buah Perodua Myvi, Mercedes Benz C250, Mazda CX-5 dan Audi Q7,” katanya.
Beliau berkata, siasatan masih diteruskan memandangkan tiada saksi dan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BERAS MELAKA MULA DIPASARKAN APRIL
MERLIMAU 29 Mac - Beras putih tempatan yang dikeluarkan Kerajaan Negeri dan dikenali sebagai Beras Melaka akan mula berada di...
RAKAM VIDEO KEMALANGAN SAMBIL MEMANDU, SAMAN MENANTI
AYER LIMAU 29 Mac - Pemandu yang gemar merakam kejadian kemalangan untuk ditularkan di media sosial ketika mengendalikan kenderaan di...
PEMERIKSAAN KETAT BAS EKSPRES DI DEPOH DAN TERMINAL
AYER LIMAU 29 Mac - Bas ekspres beroperasi sepanjang musim perayaan Aidilfitri akan melalui pemeriksaan sebanyak dua kali iaitu di...
40 KAWAH DODOL SEMARAK SUASANA SYAWAL DI MELAKA
BANDA HILIR 29 Mac - Bagi memeriahkan 10 malam terakhir Ramadan, Kerajaan Negeri menganjurkan program yang amat unik iaitu memasak...
LEBIH 1,000 MERIAHKAN MAJLIS BERBUKA PUASA POGHUT AYER LIMAU
AYER LIMAU 28 MacĀ - Lebih 1,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Poghut Ayer Limau diadakan di kediaman Ahli...
PEKERJA KILANG MAUT DALAM PERJALANAN PULANG BERAYA
KUALA BERANG 28 Mac - Seorang pekerja kilang maut ketika dalam perjalanan pulang ke kampung di Kelantan untuk menyambut Aidilfitri...