Pemandu bas maut dihempap bas persiaran
SHAH ALAM 20 April. – Seorang lelaki maut dihempap bas persiaran ketika sedang membaiki kenderaan itu di Jalan Pendamar, Klang malam tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata polis telah menerima panggilan pada 9 malam dan siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa berusia 33 tahun, berasal dari Sabah maut di tempat kejadian.
“Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa yang juga pemandu bas tersebut sedang membaiki sistem hidraulik bas itu dan tiba-tiba alat pengangkat beban (Jack) yang digunakan telah turun dengan sendirinya menyebabkan mangsa telah dihempap oleh bas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shamsul Amar berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
5 TEMPAT PALING ‘BEST’ DI SUNGAI MELAKA
SUNGAI Melaka yang turut dikenali sebagai 'Venice of the East' merupakan antara destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan...
BANTUAN SEKOLAH ANAK ASNAF, MISKIN, MUALAF DINAIKKAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Bantuan persekolahan bagi anak asnaf fakir, miskin dan mualaf seluruh Melaka dinaikkan kepada RM350 berbanding...
‘UJIAN ALLAH, KUATKAN IKATAN KASIH KAMI’
AYER KEROH 19 Disember - Ujian yang dilalui ketika ini tidak sesekali menjadi satu bebanan buat Nurlidaini Jaafar, 38, sebaliknya...
PTPTN MELAKA DEKATI MAJIKAN
AYER KEROH 19 Disember - Sejumlah 128 majikan di Melaka tampil bekerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
PPSPM TAMBAH DUA LOKASI BAHARU ‘RIVER CRUISE’ TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan menambah dua lagi lokasi...
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...