
Pemakaian pelitup muka dalam kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan
KUALA LUMPUR, 10 September – Pemakaian pelitup muka di dalam bangunan dan luar bangunan dalam kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan, sebaliknya mengikut pilihan masing-masing, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
Menerusi video di Facebooknya, Radzi berkata namun demikian, pemakaian pelitup muka masih digalakkan dalam sekolah terutama di tempat ramai orang.
“Selain itu, murid-murid yang menaiki bas sekolah diingatkan untuk memakai pelitup pada setiap masa.
“Apa yang paling penting, kita pastikan keadaan sekolah selamat,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata maklumat lanjut berkaitan pemakaian pelitup muka di sekolah akan disertakan dalam kenyataan media yang akan dikeluarkan pada hari ini.
Radzi berkata demikian berikutan pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) pada 7 Sept lepas yang menetapkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan individu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....