Pemakaian pelindung dan pelitup muka berkesan cegah jangkitan sehingga 95 peratus

Masa Membaca:54 Saat

PUTRAJAYA 22 Mei – Pemakaian pelindung dan pelitup muka serentak hanya disarankan ketika berada di kawasan berisiko tinggi bagi membendung penularan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, memakai dua pelindung itu mampu membawa keberkesanan 95 peratus dari mencegah wabak itu.

Katanya, perkara itu perlu dititikberatkan terutama bagi golongan barisan hadapan yang bertugas dan perlu menggunakan pelitup muka tiga lapis atau jenis N95.

“Bagaimanapun pemakaian pelitup muka adalah wajib untuk setiap individu di negara ini terutama ketika berada di tempat awam,” katanya pada sidang media COVID-19 hari ini.

Sementara itu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan pemakaian pelitup muka di tempat awam adalah diwajibkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Jadi jika memakai memakai pelindung muka, niqab dan sebagainya tidak boleh dijadikan alasan tidak memakai pelitup muka.

“Semua rakyat perlu memakai pelitup muka dan sebagai tambahan boleh memakai pelindung muka mahupun niqab.

“Jika memakai pelindung muka tetapi tidak memakai pelitup muka itu tetap salah di bawah akta ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

492
Kongsi :
Previous post Operasi perniagaan dihadkan sehingga 8 malam, farmasi 10 malam
Next post Premis swasta wajib semak status MySejahtera pengunjung
Ubah saiz-+=