Pemaju perumahan di Melaka disaran terap teknologi hijau

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDARAYA MELAKA 26 Julai – Kerajaan Negeri menggalakkan semua pemaju perumahan di negeri ini menerapkan amalan hijau dalam setiap projek pembangunan dilaksanakan.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, ia bagi memastikan Melaka dapat mencapai agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Kita menggalakkan kepada semua pemaju perumahan untuk mereka melaksanakan dengan segera ‘green initiative’ iaitu teknologi hijau.

“Kalau semua pihak bekerjasama kita pasti akan dapat mencapai SDG terutamanya Negeri Melaka ini merupakan antara negeri yang menjadi peneraju untuk inisiatif hijau.

“Mungkin selepas ini setiap pemaju boleh mulakan dengan projek-projek yang boleh memasang solar di atas bumbung dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ekspo Perumahan & Hartanah Melaka (MAPEX) 2024 di Aeon Bandaraya Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM), Datuk TPr. Murad Husin; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman; Pengerusi Penganjur Mapex, Datuk Sonny Tay Chor Han dan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Melaka, Datuk Ngoh Chun How.

Rais berkata, usaha itu tidak semestinya hanya perlu datang daripada Kerajaan Negeri, bahkan pihak swasta juga boleh memainkan peranan yang sama.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

370
Kongsi :
Previous post 62 atlet SSN Melaka buru pingat di Thailand
Next post ‘Basikal titi’ antara 39 acara gamatkan Festival D’Bendang Melaka 2024
Ubah saiz-+=