
Pemain, pegawai Melaka United positif COVID-19
KELAB Bolasepak Melaka United (Melaka United FC) mengumumkan sebahagian besar pemain dan pegawai pasukan diuji positif COVID-19 selepas ujian saringan RTK-Antigen dijalankan.
Dalam satu kenyataan, MUFC memaklumkan perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang PIB FC yang dijadualkan berlangsung esok di Stadium Hang Jebat terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.
Sehubungan itu, pihak Melaka United FC telahpun memohon kepada Malaysian Football League (MFL) untuk menunda perlawanan berkenaan ke satu tarikh lain dan telahpun diluluskan pihak MFL.
“Penundaan perlawanan adalah demi melindungi kesihatan semua yang terlibat termasuk para penyokong daripada COVID-19.
“Kepada penyokong yang telah membeli tiket perlawanan di tickethotline.com.my anda boleh menggunakan tiket anda pada tarikh baharu perlawanan yang akan diumumkan.
“Pihak Melaka United FC memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku kepada PIB FC dan semua pihak yang terlibat berikutan penundaan perlawanan ini,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...