
Pemain MU dikuarantin
AYER KEROH 28 Sept. – Pemain Melaka United (MU) yang baru pulang dari Sabah selepas aksi Liga Super di Stadium Likas semalam, akan dikuarantin di sebuah hotel di Bandaraya Melaka.
Menurut sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) perkara itu dilakukan sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas pulang dari kawasan berisiko tinggi.
“Pemain dan pegawai pasukan akan dikuarantin di sebuah hotel di Bandaraya Melaka sejurus pulang dari Kota Kinabalu, Sabah petang ini.
“Perlawanan Liga Super 2020 menentang Kedah yang dijadual pada Jumaat ini (2 Oktober 2020) bergantung kepada keputusan FAM nanti,” kata sumber tersebut.
Sementara itu, Pengurus Pasukan Muhammad Akram Abdullah ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) memaklumkan pemain juga turut menjalani ujian calitan COVID-19 selepas pulang dari Sabah.
Jelasnya, ia perlu dilakukan bagi memastikan tahap kesihatan pemain dan pegawai berada di tahap yang baik sekali gus mengurangkan risiko jangkitan kepada ahli keluarga dan rakyat negeri ini.
Views:
Related

Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...