Sorting by

×

Pemain, jurulatih Melaka United diumum minggu depan

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 16 Jan – Rombakan pemain dan jurulatih Kelab Bolasepak Melaka United FC (MUFC) dijangka diketahui minggu hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Justin Lim berkata, rombakan itu akan dilaksanakan untuk memberi tumpuan kepada momentum pasukan itu.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya masih dalam persediaan bagi memastikan barisan baharu yang akan menerajui pasukan Hang Tuah itu.

“Kita masih dalam persediaan dan barisan baharu akan diumumkan pada penghujung minggu hadapan sebelum perayaan Tahun Baharu Cina.

KETUA Pegawai Eksekutif KenTeam Sdn Bhd, Datuk Wira Justin Lim Hwa Tat mengadakan sidang akhbar selepas Kongres Tahunan Kali Ke-66 Persatuan Bola Sepak Melaka di Hotel MITC, Ayer Keroh. Foto: MR.Azli

“Kita lihat ramai yang tertanya tentang perkara ini khususnya siapakah jurulatih terbaik dalam MUFC, ia akan diumumkan selepas ini.

“Kita yakin MUFC mampu berada di tangga terbaik untuk liga musim 2022 kali ini,” ringkasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Kongres MUSA ke-66 diadakan di Hotel MITC, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya kini sedang melaksanakan penilaian prestasi kepada semua pemain Hang Tuah sebelum memasukkan kehadiran pemain import baharu dalam pasukan itu.

“Kita perlu megambil masa untuk menjalankan rombakan ini dan akan laksanakan yang terbaik demi MUFC.

“Bukan mudah untuk kita menganalisa pemain-pemain yang berada dalam skuad ini dan sebab itulah ia mengambil masa sebelum kemasukan pemain baharu,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1427
Kongsi :
Previous post Warga PDRM Johor perlu kekal integriti dan amanah untuk teruskan kecemerlangan
Next post JSJN Bukit Aman rampas ketamin dianggar bernilai RM111.2 juta
Ubah saiz-+=