Sorting by

×

Pemain industri perlu berganding bahu perkasa pelancongan negeri

Masa Membaca:1 Minit, 57 Saat

AYER KEROH 26 Nov. – Pemain industri pelancongan negeri ini perlu bekerjasama antara satu sama lain bagi memperkasa sektor berkenaan pada pasca penularan COVID-19.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Sa’ari Basiron berkata, setiap penggiat sektor terbabit meliputi pemandu kenderaan, pengusaha hotel termasuk pelancongan luar bandar perlu bersatu padu dan membentuk kerjasama berkumpulan bagi membangunkan industri yang terjejas itu.

Menurutnya, perkara terbabit sekali gus menjana pendapatan dalam kalangan penggiat sektor terbabit seiring memperkasa kempen ‘Melakan Visit Melaka’ yang telah diperkenalkan.

PENGURUS Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron. Foto MR. Azli

“Bagi memperkasa pelancongan domestik, kempen ini merupakan sebagai permulaan kepada mempromosi pelancongan negeri dan setakat ini hanya 18 produk pelancongan telah menyertai kempen ini yang terdiri daripada 13 subsektor pelancongan Melaka,”katanya dalam program Diskusi@MelakaTV diadakan di Hotel Ames, di sini petang tadi.

Tambah Sa’ari, negeri ini pernah menerima kedatangan pelancongan domestik yang mendadak semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuatkuasa sekitar Jun lalu bagaimanapun terkesan dengan pengurangannya sebaik Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa di beberapa kawasan termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya serta pelbagai lagi.

Keadaan ketika itu itu membuatkan sektor terbabit terkesan disebabkan hanya pelancong dari Johor dan negeri di sekitar Pantai Timur sahaja yang berkunjung di negeri ini.

“Kita mengharapkan pintu antarabangsa dibuka, namun disebabkan pandemik berlaku hasrat itu terpaksa dibatalkan kerana pelancong dari Singapura mencatat jumlah tertinggi melancong ke negeri ini.

“Hasil daripada masalah yang melanda, kita memfokuskan pelancongan domestik dari negeri ini dan berharap pemain industri bersedia dan berganding bahu dalam mengorak langkah yang begitu efektif bagi menarik mereka dengan pelbagai tawaran pakej yang menarik,”katanya.

Pada masa sama, menurut Presiden Persatuan Pelancongan Melaka, Madelina Kuah Wey Lee berkata, pelbagai pendekatan lain perlu diambil bagi memperkasa kempen berkenaan termasuk menggunakan pendekatan ‘pelancongan fizikal’ kepada pelancong domestik.

Jelasnya, pelancongan fizikal menggunakan lima deria dengan pengamatan, merasai, mendengar dan sebagai lagi mampu membawa pengalaman sebenar pelancong.

“Pengalaman yang didedahkan ini sekali gus membantu pelancong untuk memberi sokongan dalam industri pelancongan ‘makan-makan’ yang juga sesuai dimasukkan di dalam pakej-pakej menarik.

PRESIDEN Persatuan Pelancongan Melaka, Madelina Kuah Wey Lee. Foto MR. Azli

“Malah, tawaran pakej-pakej pelancongan juga perlu dipertingkatkan dengan pakej lengkap termasuk pakej bermalam, makanan, lokasi menarik serta pelbagai lagi kepada pelancong,”katanya.

Views:

762
Kongsi :
Previous post Vaksin: Perjanjian Malaysia-China pemangkin perluasan kerjasama dua negara – Agong
Next post COVID-19: Rakyat Malaysia antara empat kes import positif di Singapura
Ubah saiz-+=