
Pemain gitar Samudera meninggal dunia
KUALA LUMPUR, 12 Sept – Pemain gitar Samudera, Aimi atau Norazmi Mohd Abdullah telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 10.39 malam tadi dipercayai disebabkan wabak COVID-19, memetik laporan portal Utusan.
Berita sedih itu dikongsi oleh pemain drum Samudera, A’ai di laman Facebook Samudera Fans Club.
“Assalamualaikum dapat khabar Aimi telah kembali kepada pencipta-Nya. Al-Fatihah buat arwah. Segala kenangan bersama akan tetap mekar selamanya,” tulisnya.
Sementara itu, Amy Ukays turut mengulang siar berita berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menjengah di ruangan komen Amy, Ujang yang merupakan bekas anggota Samudera tampil melayangkan pertanyaan tentang punca pemergian Allahyarham.
“Terkena COVID-19,” balas komen Amy kepada Ujang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB LAKSANA KERJA GANTIAN PAIP USANG DI SUNGAI UDANG
SERI NEGERI 29 April - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem retikulasi di Sungai Udang...
4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri menggariskan empat strategi dalam memacu Melaka terus ke hadapan dan menjadi negeri contoh...
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...