
Pemain bola sepak disimbah asid kini dirawat di hospital di Petaling Jaya, keadaan stabil
KUALA LUMPUR, 5 Mei – Pemain bola sepak kebangsaan yang cedera disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara petang tadi, kini dirawat di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan berada dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5.51 petang tadi.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu tular gambar pemain sayap pasukan Selangor FC Faisal Halim mengalami kecederaan pada badan dipercayai akibat disembah asid.
Difahamkan, pemain berkenaan diserang selepas bermain go-kart di pusat beli-belah itu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....