Sorting by

×

Pemain belum cukup sedia punca tewas – Vida

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

PERMULAAN lewat Kelab Bolasepak Melaka United (Melaka United FC) dalam menjalani latihan dan aksi pra musim menjadi antara punca persembahan longlai ditampilkan pada aksi pembuka tirai Liga Super malam tadi.

Ketua Jurulatih Melaka United FC Risto Vidakovic mengakui permainan yang ditampilkan anak buahnya ketika tewas 0-1 di tangan Petaling Jaya (PJ) City FC adalah jauh daripada apa yang diharapkan.

Katanya, antara sebab-sebab utama tiada keserasian di antara pemain pada ketika ini adalah berikutan beberapa pemain utama lewat menyertai pasukan.

“Kebanyakan pemain (utama) hanya menyertai latihan bersama pasukan kira-kira 10 hari yang lalu dan mereka masih belum bersedia.

“Saya tidak tahu mengapa mereka tiba lewat dan saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai perkara itu.

“Saya hanya dimaklumkan bahawa mereka akan lewat tetapi tidak tahu apa alasan kelewatan itu,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Bagaimanapun, beliau berkata, kekalahan itu membuka mata untuknya dan pasukan belajar mengenai banyak perkara baharu.

Katanya, banyak perubahan juga perlu dilakukan untuk mengubah pasukan ke arah lebih baik terutama dalam aspek bermain secara satu pasukan.

“Susah untuk mengatakan berapa lama masa yang saya perlukan untuk mengubah semua ini, tetapi saya percaya ia akan bertambah baik dari hari ke hari.

“Apapun, kami perlu terus berjuang dan memberi saingan sepanjang musim ini. Kami perlu lebih bersedia menghadapi perlawanan berikutnya,” katanya.

Dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi, skuad Hang Tuah yang tampil dengan lima pemain import tewas tipis 0-1 di tangan PJ City yang menampilkan 100 peratus pemain tempatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

507
Kongsi :
Previous post Penuntut universiti rugi RM42,500 beli mata wang permainan video
Next post PRN Johor: Debat bersemuka tidak dibenarkan – Polis
Ubah saiz-+=