
Pelumba drag maut ketika perlumbaan
KUALA NERUS, 15 Okt – Perlumbaan Battle of The King (BOTK) 2022 yang berlangsung di Litar Perlumbaan Terengganu, Gong Badak dekat sini dihentikan serta-merta, selepas seorang pesertanya maut ketika perlumbaan.
Kejadian itu dimaklumkan oleh penganjur BOTK 2022, MUSC Motorsport menerusi laman sosial Facebook rasminya.
Menurut penganjur, siri perlumbaan yang sepatutnya berakhir esok ditamatkan serta-merta hari ini dan akan ditangguhkan ke suatu tarikh lain, bagi menghormati mangsa dan keluarga.
“MUSC mengucapkan salam takziah kepada Apeh Jamal dan keluarga.
“Sebagai penghormatan, pihak pengurusan, semua rakan program dan pasukan drag, mengambil keputusan untuk menangguhkan acara BOTK 2022 ini ke suatu tarikh lain yang akan ditentukan kelak,” menurut kenyataan itu.
Menurut sumber seorang pelumba drag Apeh Jamal atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, 40, maut sewaktu menyertai perlumbaan drag BOTK 2022 pada 11.35 pagi tadi.
Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas kereta jenis Mitsubishi Lancer Evo yang dipandunya, hilang kawalan lalu terbabas melepasi trek perlumbaan sebelum merempuh sebatang pokok.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din mengesahkan kejadian tersebut. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KEMBARA SAHUR MAIM IMARAH RAMADAN
AYER KEROH 10 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memperkasa program dakwah dan kebajikan sepanjang Ramadan dengan pelbagai...
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU DIARAH JALANI PEMERIKSAAN MENTAL
ALOR SETAR 9 Mac - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya baru-baru ini,...
PERHILITAN N.SEMBILAN SIASAT DAKWAAN DUA TAPIR BERKELIARAN DI TAMAN PERUMAHAN
SEREMBAN 9 Mac - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan...
DULU DIANGGAP ‘GILA’, KINI WANITA CONTOH
DUYONG 9 Mac - Siapa sangka atau menduga insan yang dahulunya fakir, dianggap 'gila' kerana sering ‘melepak’ di kaki lima...
DAK NOR KINI WANITA KEBANGGAAN NEGERI MELAKA
DUYONG 9 Mac - Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio, 41, atau lebih popular dengan panggilan Dak Nor kini boleh...
LORI SEDANG DITUNDA TERBALIK DI PENDANG, LORONG PLUS ARAH SELATAN TERHALANG
ALOR SETAR 9 Mac - Trak tunda yang sedang menunda sebuah lori sarat muatan tomato terlibat dalam kemalangan di Kilometer...