
Peluang kerja, keselamatan dan kebajikan pekerja perlu seiring-Ismail
KUALA LUMPUR, 22 Jan. – Usaha Top Glove Corporation Bhd menawarkan 9,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dihargai, namun keselamatan dan kebajikan mereka perlu dititikberatkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Syarikat itu perlu memastikan semua bakal pekerjanya menjalani ujian saringan COVID-19, bagi mengelakkan jangkitan baharu dalam kalangan mereka, selain menyediakan kemudahan penginapan bagi mereka yang menghadapi masalah itu.
“Saya harap semua pekerja mengambil ujian swab dan mereka yang tiada rumah sendiri, saya harap mereka ditempatkan di tempat yang kondusif untuk diduduki. Kita tidak mahu ada tambahan kes dalam kalangan pekerja syarikat ini,” katanya kepada Bernama, hari ini.
Syarikat itu dalam usaha menangani pengangguran di negara ini hari ini mengumumkan, pengambilan 9,000 pekerja menerusi kempen pengambilan pekerja selama setahun yang dimulakan dengan Pameran Kerjaya Top Glove Secara Maya, esok.
Ia membabitkan masing-masing sebanyak 4,000 jawatan untuk pekerja tempatan; 2,300 jawatan untuk lulusan baharu universiti dan vokasional teknologi; 2,000 pelatih latihan industri dan pelatih; serta 700 pekerja yang berpengalaman.
Views:
Related


Berita Lain
50,000 DIJANGKA ‘SERBU’ SAMBUTAN HARI RAYA MADANI MELAKA, 5 APRIL DEPAN
KLEBANG 17 Mac - Melaka dipilih menjadi tuan rumah Sambutan Hari Raya Madani 2025 yang dijadual pada 5 April depan,...
BAZAR RAMADAN DI MELAKA ANTARA YANG TERBAIK DI MALAYSIA
KLEBANG 17 Mac - Tiga bazar Ramadan di Negeri Melaka berjaya menempatkan diri sebagai antara bazar terbaik di Malaysia oleh...
TENDER KONTRAK SEWAAN BLACK HAWK SEDANG DINILAI
DURIAN TUNGGAL 16 Mac - Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat penilaian sebelum memutuskan untuk membuka semula tender kontrak sewaan...
LELAKI HILANG TIGA HARI DITEMUKAN MAUT DALAM LONGKANG
IPOH 16 Mac - Seorang lelaki berumur 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut di dalam...
SUAMI ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN DI BATU PAHAT
BATU PAHAT 16 Mac - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara...
PENJENAYAH DITEMBAK MATI DI BESUT DIPERCAYAI TERLIBAT PENGEDARAN DADAH
KUALA TERENGGANU 16 Mac - Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut awal pagi tadi...