Pele sifatkan pengalaman disuntik vaksin COVID-19 sebagai ‘hari yang tidak dapat dilupakan’

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

RIO DE JANEIRO 3 Mac. – Legenda bola sepak Brazil, Pele menggambarkan pengalaman disuntik vaksin COVID-19 sebagai ‘tidak dapat dilupakan’ dan meminta kerjasama global untuk mengakhiri wabak tersebut.

Pele,80, menerima suntikan vaksin semalam, kira-kira enam minggu selepas Brazil memulakan program vaksinasi, lapor agensi berita Xinhua.

“Hari ini adalah hari yang tidak dapat dilupakan. Saya menerima vaksin,” kata Pele menerusi hantaran di Instagramnya.

“Pandemik itu belum berakhir. Kita mesti tetap berdisiplin untuk menyelamatkan nyawa kerana banyak orang belum diberi vaksin. Ini akan berlalu jika kita saling memikirkan dan saling membantu,” katanya lagi.

Hantaran dimuat naik oleh Pele mengenai suntikan vaksin diterimanya. Foto kredit Instagram Pele.

Begitupun tidak diketahui vaksin mana yang diterima Pele atau apakah itu dos pertama atau kedua.

Pele yang mengalami pelbagai masalah kesihatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah mengasingkan diri sejak COVID-19 diumumkan sebagai wabak global pada Mac tahun lalu.

Belia turut mendesak pengikut Instagramnya agar mencuci tangan dan kekal di rumah jika tiada sebarang urusan penting.

“Saat anda keluar, tolong jangan lupa pakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal,” katanya

Satu-satunya pemain yang memenangi tiga Piala Dunia, Pele dianggap sebagai salah satu pemain bola sepak terhebat yang pernah ada.

Pada tahun 2000, dia berkongsi penghargaan untuk pemain terbaik Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) abad ke-20 dengan legenda Argentina, mendiang Diego Maradona yang meninggal dunia November lalu pada usia 60 tahun.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

611
Kongsi :
Previous post MOSTI mulakan projek pengesanan vaksin dengan teknologi Blockchain
Next post Leka berjudi, 68 individu dicekup polis
Ubah saiz-+=