
Pelayar warga Perancis ditahan di Mersing
MERSING, 27 Mei – Seorang pelayar warga Perancis ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Mersing kerana memasuki perairan negara secara haram, berhampiran muara Sungai Mersing, di sini, tengah hari semalam.
Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata lelaki berkenaan ditahan di perahu layarnya yang sedang bersauh di kedudukan kira-kira 1.6 batu nautika timur dari muara Sungai Mersing, pada pukul 12.45 tengah hari.
Beliau berkata lelaki berumur 44 tahun itu yang sedang menuju ke Pulau Tioman, Pahang dari Krabi, Thailand, telah mengemukakan dokumen perjalanan tanpa cop kemasukan ke Malaysia.
“Hasil pemeriksaan mendapati pelayar terbabit juga gagal melaporkan ketibaan memasuki perairan negara, sebelum ditahan bersama perahu layarnya untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairul Nizam berkata kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1952 kerana tiada cop kemasukan ke Malaysia yang sah dan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana tidak melaporkan ketibaan memasuki perairan negara kepada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...
MELAKA NEGERI PERTAMA DIGITALKAN KAMPUNG, HAIWAN TERNAKAN
SERI NEGERI 17 April - Seiring dalam era kemodenan dan digitalisasi masa kini, Melaka juga telah menjadi pelopor dan perintis...
SM-WEZ KAWASAN ‘IBU NEGERI’ BAHARU MELAKA
SERI NEGERI 17 April - Tidak cukup dengan kawasan perindustrian, Melaka juga memberi tumpuan kepada kewujudan zon ekonomi baharu yang...
AB RAUF MAHU RAKYAT MELAKA ADA PEKERJAAN TETAP, KEHIDUPAN STABIL
SERI NEGERI 17 April - Selain pelancongan, antara misi utama Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
KALENDAR PELANCONGAN MELAKA SEMAKIN RANCAK BERMULA JUN
AYER KEROH 17 April - Lebih banyak program pelancongan berskala besar dan bertaraf antarabangsa akan dianjurkan bermula Jun ini, sekali...
WAKIL SEKOLAH, IPT DIPELAWA UNTUK MERIAHKAN PIDATO RUKUN NEGARA PIALA TYT MELAKA
AYER KEROH 17 April - Semua sekolah rendah dan menengah di negeri ini dipelawa untuk bersama-sama menyokong seterusnya memeriahkan Pertandingan...