
Pelantikan Speaker baharu belum diputuskan
AYER KEROH 26 Nov – Kerajaan negeri belum memutuskan pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka setakat hari ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, perkara itu akan mengambil sedikit masa untuk diperhalusi sebelum DUN bersidang.
“Pelantikan Speaker belum lagi sebab dewan lambat lagi bersidang. Kita ada lagi masa untuk perhalusi sebelum kita ketengahkan nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Pengumuman Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Melaka di Seri Negeri, hari ini.
Sebelum ini, penyandang bagi jawatan Speaker DUN adalah Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang kini dilantik sebagai Exco Perindustrian dan Pelaburan Usahawan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...